JENIS-JENIS AMALAN KHURAFAT

on Monday, 19 September 2016




JENIS-JENIS AMALAN KHURAFAT ORANG MELAYU ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Angapan sial atau malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan malan buang sial: tepung tawar, lenggang perut, mandi bunga dan mandi safar.

Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalam-amalan buang sial.

2. kepercayaan dengan hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di sesuatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.

Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar bertekad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah,

3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.

Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.

4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.

Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari Al-Quran dan Hadis kepada beberapa pandangan.

5. Meletakkan Ladam Kuda dipintu rumah dengan alasan boleh menghindari dari gangguan makhluk halus.

6. Bersahabat dan meminta pertolongan kepada Jin

7. Mengamalkan ilmu pengasih

8. Meletakkan air di dalam bekas untuk dijamukan kepada para malaikat "Air Malaikat"

9. Menganiaya atau menzalimi orang dengan sihir, santau dan pukau.

10. Pemakaian susuk untuk mencantikkan muka dan badan.

11. Upacara memanggil roh

12. Kepercayaan kepada tuah keranda







0 comments:

Post a Comment