BENTUK-BENTUK AMALAN KHURAFAT
Bentuk-bentuk amalan khurafat dapat dikenalpasti melalui:
- Kepercayaan kepada keramat seperti makan, kubur, pokok, kayu, bukit dan haiwan tertentu.
- Kepercayaan kepada sial majal seperti burung atau haiwan tertentu, adat mandi safar, adat mandi membuang sial.
- Kepercayaan kepada kekuasaan jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar dan adat semah pantai
- Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki yang dikaitkan dengan semangat atau kekuatan anasir halus atau makhluk tertentu seperti adat memuja semangat padi, bersemah dan membuang ancak ke sungai dan laut.
- Kepercayaan kepada petanda dan berpantang larang contohnya seperti tidak boleh melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala.
- Memuja objek-objek tertentu, roh nenek moyang kekubur yang dianggap wali atau melakukan upacara menghadirkan roh.
0 comments:
Post a Comment