ISU DAN PERBINCANGAN

on Wednesday, 21 September 2016
ISU




Filem "Hantu Bonceng" yang mengaut keuntungan RM8 juta dikritik hebat kerana mempunyai dialog pelakonanya iaitu Zizan Razak jelas sekali menghina Rasulullah SAW dengan menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Ditambah dengan mempersendakan azan, memakai baju ada tanda salib death note ke masjiddan beberapa isu tahyul seperti bogel deapn hantu. Seterusnya, terdapat satu babak cerita Puteri Mardianah yang menonjolkan adegan memakan daging dan ulat penuh rakus dalam keadaan dirasuk.
Akhbar Berita Harian melalui kolum nasionalnyapada 10 Januari 2011 telah menyiarkan sebuah berita bertajuk "Ustaz bukan penghakau hantu: Tangguangjawab sebenar pendaknah dalam filem seram perlu diperbetul". Berita tersebut turut memuatkan petikan pendapat Ustaz Mohd Azahari Yusuf, Pensyarah Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia sepertimana yang dilaporkan Bernama. Beliau mengatakan bahawa "pengarah dan penulis skrip kalau mahu mewujudkan watak ustaz perlu terlebih dulu peka terhadap peranan itu hanya setakat penghalau hantu atau makhluk halus semata-mata". Manakala bagi pendakwah bebas, Ustaz Daud Che Ngah dalam berita yang sama berkata "Unsur seram dan ganas dalam filem menyebabkan orang ramai, khususnya kanak-kanak lebih takut kepada watak hatntu daripada Allah dan ia tidak sewajarnya kerana melemahkan minda umat Islam".
Terdapat satu babak dalam filem "Maut" yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan seksaan-seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan menganggap seksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti digambarkan.


Sebahagian daripada babak dalam filem Hantu Bonceng.


0 comments:

Post a Comment