Antara filem khurafat yang menunjukkan amalan khurafat dikalangan orang melayu di masa kini.
PENGENALAN
Khurafat adalah perkataan Arab yang di
asaskan dari akar kata:
خرف خرافة خرافات
Dalam kamus al-Marbawi khurafat itu
diberi makna cerita karut atau karut marut.
Di dalam al-Munjid disebut:
خرف قسد اخرفة افسده
الخر افة حديث الخرف المضحك
Al-khurafat juga disebut sebagai الحديث الباطل
مطلقا percakapan yang tidak betul sama sekali.
Istilah khurafat telah diterima pakai di
dalam masyarakat Melayu dan pada umumnya diketahui maksudnya kerana ianya
semacam menjadi bahasa Melayu. Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang
direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan
berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan
dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan
membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.
Di dalam kitab Addarul Nadid, halaman
179 ada disebut:
Yang bermaksud:
“Adapun apa yang diiktiqadkan oleh
manusia dari dahulu hingga sekarang tentang adanya bagi seekor burung atau ada
hari-hari atau bulan-bulan yang boleh memberi kesan pada kebahagiaan atau
kecelakaan manusia. Semuanya itu adalah khurafat. Islam membatalkannya kerana
jelas bertentanagn dengan tauhid”.
Subscribe to:
Posts (Atom)